Nuffnang

Thursday 21 April 2016

Quote of The Day 20160421


Kalau tak tahu pokok pangkal, jangan nak membuta tuli nak menghukum sahaja. Action speaks louder than word. So, better duduk diam-diam je la daripada nak menjaja cerita yang kita sendiri pun tak tahu asal-usulnya.

Tuesday 19 April 2016

Quote of The Day 20160419



Benda ni la yang selalu aku pressurekan dalam life aku. Hahahaha!! Sebenarnya, jangan compare life kau dengan orang lain. Setiap orang mesti ade jatuh bangun dalam hidup dia. Cuma, cepat atau lambat kau boleh achieve ape-ape aje yang kau nak dalam hidup.

XOXO, muah!!

Sunday 17 April 2016

Quote of The Day 20160417



Ingat! Dalam dunia ni, sebelum nak bertindak, fikir dulu secara waras dan bertimbang rasa. Bukan engkau sorang sahaja yang hidup di muka bumi ini, macam-macam jenis bentuk makhluk yang Allah S.W.T cipta. Sama ada dalam bentuk yang nampak nyata macam kita, atau pun yang halimunan. Sendiri faham la ye!

Aidijuma & Blossom Box Store



Aku tak boleh move on la dengan iklan ni. Hahahaha!! Tak tahu la kenapa, maybe sebab power sangat kot.

Well, wanita zaman sekarang ni kan wanita besi. Semua benda dah boleh buat sendiri, tanpa perlu mengharap dan bergantung kepada sesiapa.

Makanya, bak kata Amira Othman, HATI-HATI!

Saturday 16 April 2016

Beauty and A Beat

Antara muka cantik dengan muka bersih, yang mana korang mostly prefer? Kalau tanya majority of girls, mesti la diorang lebih prefer nak kulit putih cantik.

But, since aku dah semakin dewasa dan bertambah usia ni (ahaks), makanya aku lebih prefer kulit yang bersih dulu. Sebab apa? Bila kulit muka engkau bersih, takde cacat cela daripada jerawat, parut jerawat and so on tu, jadi senang nak achieve kulit putih pulak.

So, secara ringkasnya, penting ada daily routine untuk penjagaan kulit muka engkorang tu. Plus, korang kena tahu apa yang kulit engkorang perlukan, bukannya apa yang engkorang nak. Apa guna muka putih melepak, tapi berminyak, berjerawat, banyak parut jerawat kan gara-gara salah guna produk. So yuckss and suck!!

Kalau tak mampu nak guna produk mahal sebab katanya produk mahal ni berkualiti tinggi, janganlah engkorang risau. Kan dah ada banyak alternatif, contohnya guna petua-petua tradisional daripada bahan alami. Bukan je murah, selamat pulak tu untuk kulit korang. Memang la natural ingredients ni lambat nak berkesan, janji selamat untuk muka korang. Ye ke idok? 

Contohnya aku sendiri, sekarang ni aku amalkan hampas green tea, jadikan masker / skrub. Then, aku gaul serbuk kunyit, madu dan yogurt, jadikan masker muka. Nyaman je bila apply kat muka. Cubalah sendiri, jangan menyesal tau!

Kulit muka ni sangat sensitif tau! Once dah break-out, memang susah nak baik. Kalau nak baik pun, memang ambil masa yang sangat lama untuk healing process. Sebab tu la pentingnya kena tahu kesesuaian dan jenis kulit muka engkorang tu. Dah menyesal nanti, dah takde guna nak menangis kat hujung katil lagi.

So, aku share la cara-cara nak jaga kulit dengan betul. Check this out y'all!!


Financial Advice : To-Do-List that Fresh Graduates Should Practice

Bila sebut berkenaan pengurusan kewangan, maka kau patut sedar diri dan bangkit daripada zaman jahiliah di mana boros adalah tabiat diri kau. Sedarlah bahawa kau sudah semakin dewasa dan perlu semakin berwaspada dalam hal-hal kewangan ni.

Makanya, aku nak share apa yang aku dapat daripada si Kewangan Graduan ni.



APA FRESH GRADUATE PATUT BUAT?

Sebenarnya, semua orang patut follow akaun Kewangan Graduan ni, sebab semua benda yang berkaitan dengan kewangan ni habis dia kupas. Jadi, bagi korang yang masih newbie tentang cara-cara nak uruskan kewangan bolehlah jadikan beliau ni sebagai rujukan.

Kalau follow selebriti-selebriti pujaan boleh beria-ia kan, why not kalau follow benda-benda yang paling berguna dan penting dalam daily life kan? (Tersedak haku!!!)

Lepas ni, takde la nak merungut sangat kalau cukup bulan poket sengkek ke, kocek seluar bocor berlubang ke. Dah tahu kan macam mana nak uruskan keluar masuk duit korang.

Terima kasih #KewanganGraduan kerana wujud di muka bumi ini. Thumbs up untuk anda semua.

Thursday 14 April 2016

#Review : Glasslock Tempered Glass Food Container

Bila sebut tentang kaca, apa yang korang akan fikir? Especially, bekas makanan yang diperbuat daripada kaca? Korang mesti tak berani nak guna kan!

Kini, tidak lagi dengan Glasslock Tempered Glass Food Container. Korang boleh lempar atas batu, atas simen, mana-mana celah campak pun tak kan pecah. Tak percaya? Percayalah!! Nahh, watch this!!



Sekarang, kat rumah aku dah ada dua set glasslock ni, tak beli pun. Ayah dah freegift sebab dia ada beli air-cond via LAZADA. Baik hati kan LAZADA bagi freegift. Apa yang paling aku suka tentang set Glasslock ni, bau makanan takkan melekat. So, senanglah kerja mencuci, tak payah beria-ia nak sental.

Ni semua pengaruh Go Shop la, aku terus jatuh cinta dengan set ni. Sumpah tak tipu!

Mak-mak yang ada baby ni, memang takkan risau kalau gunakan glasslock ni sebab confirm memang takkan pecah. Lasak tau, so korang jangan lupa dapatkan set ni.

Rexona #MotionSense Peraduan Fresh Moves


Hi guys, what's up? Hari ni aku nak share satu contest yang boleh korang join.

Korang suka kenakan kawan-kawan korang? Atau suka prank strangers dengan benda-benda pelik korang? Inilah masanya dan peluang yang tepat untuk menyerlah.

Upload video tarian atau 'videobomb' 30 saat, masuk ke Instagram dengan #RexonaFreshMoves. Bonus kalau korang tunjukkan sekali produk Rexona. Mana la tau ada peluang besar nak menang hadiah bernilai sehingga RM 60,000.00. Woww!! Banyak tu, masyuk beb!!!

Klik link ni, Rexona FreshMoves Contest untuk maklumat lebih lanjut.

Jangan lupa, join tau contest ni. Rugi kalau tak join, dah la hadiah lumayan.

Selamat mencuba!! Hopefully korang ada luck boleh menang contest ni.

Tuesday 12 April 2016

QUOTE OF THE DAY 20160412


These 3 C's that always create the dilemma in my mind. Just bear the risk to face the chance of choices, otherwise, there will be no change for the whole of life.

Kewangan Graduan: Punca Graduan (Belia) Muflis Di Usia Muda

Kewangan Graduan: Punca Graduan (Belia) Muflis Di Usia Muda: Berbelanja mengikut kehendak. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalanga...

Let your smile be your signature accessory!

http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/cHWUI

As the saying goes, a bright smile is the prettiest thing you can wear. With Darlie's All Shiny White range, you are now one step closer to having a perfect smile!


Monday 11 April 2016

Salam Perkenalan . Introduction .

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Biasalah, setiap benda, setiap perkara mesti ada pengenalan bukan? Jadi, jangan nak jadi klise sangat, blog ini merupakan satu blog yang akan post sesuatu yang 'random', iaitu rawak. Segala apa yang berlaku di sekeliling admin, masak-memasak ke, local & global current issues ke, kpop ke. Apa-apa sahaja. Bak kata orang putih, WHATEVER!!